Abstract
UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah sekali lagi mengundang alumni-alumni tersohor yang telah berjaya menempa nama dan kerjaya dalam bidang akademik di UiTM sendiri bagi menjentik semangat motivasi serta memberi inspirasi kepada anak-anak muda lepasan SPM yang berkelayakan untuk memajukan permohonan dalam bidang-bidang pengajian yang ditawarkan di UiTM Cawangan Sarawak secara amnya, serta UiTM Kampus Mukah khususnya. Program yang berdurasi secara dalam talian selama tiga jam itu telah mendapat tontonan capaian sebanyak 450, 747 dan telah dikongsikan sebanyak 77 perkongsian. Puan Nur Nadia Qausar binti Juhari selaku Koordinator Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UiTM Cawangan Sarawak memulakan program dengan sesi penerangan berkaitan UiTM secara umumnya. Falsafah, visi, dan misi diterangkan dengan jelas dimana UiTM sentiasa mensasarkan pengiktirafan sebagai salah sebuah universiti terbaik di dunia selain melahirkan anak-anak bangsa yang berjaya dalam pelbagai bidang.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Harun, Arif Azizi UNSPECIFIED Juhari, Nur Nadia Qausar UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Mukah Campus |
Journal or Publication Title: | UiTM Mukah Bulletin: Inou Dengah UiTM Mukah? |
ISSN: | 2976-257X |
Related URLs: | |
Keywords: | Jom Masuk UiTM Mukah 2023, Alumni, Program pra diploma |
Date: | 16 November 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119759 |