Keuntungan vs tanggungjawab kepada masyarakat

Syed Annuar, Sharifah Nurafizah (2019) Keuntungan vs tanggungjawab kepada masyarakat. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu. (Unpublished)

Abstract

Melihatkan kepentingan berniaga dalam menjana pendapatan individu dan keluarga, kita dapat lihat bahawasanya usahawan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Ini adalah suatu perkembangan yang positif yang sememangnya bagus untuk ekonomi negara. Namun demikian, dek kerana rakus dalam mengaut keuntungan, segelintir usahawan-usahawan masa kini bagaikan alpa atau bersikap sambil lewa terhadap tanggungjawab mereka kepada masyarakat. Kita dapat lihat masa kini, di dada-dada akhbar tempatan, terdapat pelbagai laporan dan berita yang mengaitkan produk-produk tempatan dengan bahan- bahan terlarang. Sebagai contoh, produk-produk kosmetik yang memberikan janji dapat membantu dalam mengatasi pelbagai masalah kulit muka dan mencerahkan kulit. Hakikatnya, produk-produk ini sebenarnya mengandungi bahan-bahan terlarang seperti merkuri, hidrokuinon dan tetrinoin. Seperti juga pil-pil atau produk yang kononnya boleh membantu mengurangkan berat badan tetapi sebenarnya boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Syed Annuar, Sharifah Nurafizah
shari339@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Editor
Ahmad, Noorazlina
infousahawaneditor@tganu.uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu
Journal or Publication Title: Info Usahawan
ISSN: 1823-6421
Keywords: Berniaga, Pendapatan individu, Tanggungjawab
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119686
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 119686.pdf] Text
119686.pdf

Download (81kB)

ID Number

119686

Indexing

Statistic

Statistic details