Abstract
Internet dan dunia perniagaan atas talian adalah trend biasa masa kini. Revolusi penggunaan internet seluruh dunia telah memberi impak yang besar terhadap kehidupan seharian khususnya bidang keusahawanan. Media sosial kini seperti Facebook atau Instagram bukan sahaja dilihat sebagai tempat untuk berkenalan, beramah mesra atau medium perbincangan tetapi juga tempat untuk membeli-belah. Kedai-kedai atas talian seperti Lazada, Shopee, Zalora, FahionValet, Mudah.my dan Iain-Iain adalah tidak asing lagi bagi ‘kaki shopping online’. Memetik berita dalam sinarharian.com, iPrice Group dalam kajian mereka melaporkan, nilai industri e-dagang di Malaysia bernilai RM24.6 bilion sehingga Ogos 2017. Selain itu, sebanyak 53,285 perniagaan dalam talian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) setakat 10 Julai 2017. Selain daripada menjana pendapatan sampingan, peningkatan kos sara hidup juga menyebabkan semakin ramai yang menceburi bidang perniagaan atas talian. Sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan ini kerana ianya tidak memerlukan modal yang besar di samping risiko kerugian sangat minimum atau sifar. Memulakan perniagaan secara sambilan dan akhirnya ramai yang menjadikan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan utama bahkan ada yang meninggalkan pekerjaan tetap mereka.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Omar Ali, Siti Rapidah sitirapidah@uitm.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Ahmad, Noorazlina infousahawaneditor@tganu.uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
ISSN: | 1823-6421 |
Keywords: | Internet, Media sosial, iPrice Group |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119684 |