Keusahawanan hijau

Bashirun, Siti Norashikin and Ahmad, Siti Nurul Akma and Johari, Farah Shazrin (2019) Keusahawanan hijau. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.

Abstract

Kebelakangan ini konsep pembangunan mampan dan kelestarian telah berkembang di dalam pelbagai bidang penyelidikan termasuklah keusahawanan. Hal ini bertujuan memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang. Kini, isu alam sekitar dan amalan hijau telah mula menjadi sebahagian penting di dalam sektor perniagaan. Keusahawanan hijau merupakan salah satu pemacu utama di dalam pembangunan negara serta dapat mengurangkan kos operasi, meningkatkan produktiviti serta menyediakan peluang pekerjaan bagi mengoptimumkan taraf ekonomi negara. Seperti yang kita maklum, salah satu strategi di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) ialah menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan yang akan menjadi gaya hidup masyarakat yang dapat memperkukuh jaminan bekalan makanan, air dan tenaga, serta mengurangkan risiko terhadap alam sekitar, dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup. Bagi merealisasikan strategi ini para usahawan perlulah menyahut seruan kerajaan dan perlulah bertindak mempraktikkan amalan hijau di dalam penghasilan produk mereka. Dengan mempraktikkan amalan hijau ini para usahawan dapat membantu mempromosi kecekapan tenaga di samping mengurangkan kebergantungan terhadap sumber asli serta membantu memulihara dan meminimumkan kesan buruk terhadap alam sekitar.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Bashirun, Siti Norashikin
sitinorashikin3639@uitm.edu.my
Ahmad, Siti Nurul Akma
sitinu8498@uitm.edu.my
Johari, Farah Shazrin
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Editor
Ahmad, Noorazlina
infousahawaneditor@tganu.uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu
Journal or Publication Title: Info Usahawan
ISSN: 1823-6421
Keywords: Alam sekitar, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119683
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 119683.pdf] Text
119683.pdf

Download (80kB)

ID Number

119683

Indexing

Statistic

Statistic details