Abstract
Pengurusan kewangan menjadi keperluan dalam kehidupan seharian kita. Setiap hari kita akan membuat transaksi menggunakan wang dan di situlah bermulanya kepentingan dalam menguruskan perbelanjaan kita. Seringkali kita mendengar kadar kebankrapan di Malaysia kebanyakannya berpunca dari kumpulan eksekutif muda iaitu mereka yang berada dalam peringkat umur 20 hingga 40 tahun. Kumpulan ini dikatakan mempunyai tabiat berbelanja yang mengikut hawa nafsu tanpa membuat perancangan kewangan yang efektif. Lebih menyedihkan lagi apabila ada di antara mereka langsung tidak ada simpanan untuk masa hadapan. Pengurusan kewangan yang baik haruslah mengambil kira beberapa perkara yang penting. Perkara pertama adalah pengurusan aliran wang. Proses ini memerlukan kita mengenalpasti aliran wang kita agar dapat dikategorikan dengan betul. Pendapatan atau aliran wang masuk boleh di bahagikan kepada dua iaitu pendapatan aktif dan pendapatan pasif.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Ibrahim, Wan Muhd Faez wanfaez@uitm.edu.my Abd Jabar, Shahira UNSPECIFIED Ismail, Irwan irwanismail@uitm.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Ahmad, Noorazlina infousahawaneditor@tganu.uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Malaysia Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED), UiTM Terengganu |
Journal or Publication Title: | Info Usahawan |
ISSN: | 1823-6421 |
Keywords: | Pengurusan kewangan, Eksekutif muda |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119584 |