‘Wow factor’ dalam perniagaan

Ahmad, Noorazlina and Nik Hassan, Nik Fakrulhazri (2018) ‘Wow factor’ dalam perniagaan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Terengganu.
Abstract

Pernah atau tidak anda melihat situasi perniagaan yang sangat maju atau luar biasa? Sehinggakan anda terfikir, bagaimana ianya bisa terjadi. Atau apa sebenarnya yang menyebabkan perniagaan itu menjadi begitu hebat sedangkan ianya melanggar beberapa konsep penting dalam perniagaan iaitu konsep 4P : Product, Price, Place dan Promotion (produk, harga, lokasi dan promosi). Konsep produk dalam perniagaan adalah penting dalam menghasilkan barangan yang berkualiti atau luar biasa dalam menarik minat pelanggan untuk datang ke kedai. Namun begitu, bagi sesetengah kedai, mereka hanya menjual produk yang biasa, namun sambutan daripada pelanggan amat luar biasa. Di sinilah dikatakan wujudnya faktor WOW. Contohnya Kedai Mee Sup Mak Wan di Dungun, Terengganu yang mana kedai ini hanya menjual pelbagai jenis mee sup, tetapi sambutan sangat luar biasa sehinggakan mee sup ini dimakan tidak mengira masa. Seawal pagi sudah ada pelanggan menunggu untuk menjamu selera. Manakala semasa bulan Ramadhan, pelanggan sanggup datang ke kedai untuk bersahur dengan mee sup ini. Sangat WOW bukan?, bila ditanya.. rasa macam mana?, rata -rata pelanggan akan tunjuk tangan “cam gini.. ", atau menjawab.. “sedap arr.. ”

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 119580.pdf]
Text
119580.pdf
Download (442kB)
Indexing & Metrics