Abstract
Transkrip ini mengandungi temu bual sejarah lisan bersama dengan Koperal (B) Encik Rahmat bin Wali Muhamad mengenai pengalaman beliau berkhidmat sebagai askar semasa berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Temu bual bersama beliau sangat menyeronokkan kerana beliau banyak menceritakan pengalaman beliau semasa berkhidmat sepanjang Peristiwa 13 Mei dan juga selepas pertingkahan antara kaum ini berlaku. Peristiwa ini memberikan banyak impak serta kesan yang hebat kepada bukan hanya negara malah juga kepercayaan serta kedamaian antara kaum yang berbilang bangsa di Malaysia.
Temu bual ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian soalan iaitu soalan orientasi, soalan umum, dan soalan khusus. Temu bual ini mengambil masa lebih kurang selama dua jam. Selain transkrip temu bual, terdapat juga sedikit pengenalan berkenaan Peristiwa 13 Mei serta punca berlakunya peristiwa hitam yang tercalit dalam sejarah negara. Beliau juga memberikan pendapat serta pandangan beliau tentang keadaan masyarakat pada masa kini dan harapan serta nasihat beliau kepada generasi muda khususnya. Diharapkan peristiwa rusuhan kaum ini tidak berulang lagi serta menjadi iktibar kepada semua kaum di dalam negara ini. Transkrip ini turut memuatkan log temu bual untuk memudahkan pembaca mencari maklumat yang diperlukan dengan lebih sistematik. Kerana inilah, kami memutuskan untuk menemu ramah Encik Rahmat bin Wali Muhamad.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Mohammad Faiz 2011631514 Yunos, Mohamad Lutfi 2011460708 |
Subjects: | D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > Social conditions. Social life and customs. Civilization. Intellectual life |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Rusuhan kaum, Kuala Lumpur, Peristiwa 13 Mei 1969, History, Malaysia, Sources, Oral history, Conflict, Military science, Kuala Lumpur |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119499 |