Abstract
Dato' Robiah Binti Abdul Ghani merupakan bekas Ketua Polis Negeri Pahang yang pertama pada 14 Julai 2008 sehingga 19 Disember 2010. Pengalaman dan sumbangan beliau dalam bidang polis amat besar. Bermula dengan jawatan sebagai Pegawai Penjaga Rekod Jenayah, beliau dipilih pula sebagai pegawai polis wanita pertama menjadi Platun Komander kepada Pasukan Polis Hutan Wanita. Selepas itu, beliau menjawat jawatan sebagai ASP (Assistant Supritendant) dan seterusnya menjawat jawatan sebagai DSP (Deputy Supritendant) Pentadbiran di Cawangan Anti Dadah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan selepas itu dinaikkan pangkat sebagai Supritendant di cawangan yang sama. Selepas itu beliau bertugas sebagai Penolong Pengarah D6 dan selepas itu beliau dinaikkan pangkat sebagai Assistant Commisioner Police (ACP) dan bertugas sebagai Penolong Pengarah Siasatan Khas JSJ dan beliau juga adalah pegawai polis wanita pertama yang dilantik ke jawatan Penolong Pengarah Pengurusan (HEA) Bukit Aman. Pada 14 Mei 2007 beliau telah ditukarkan ke Kontinjen Pahang dan selepas itu melakar sejarah apabila dilantik sebagai Ketua Polis Pahang dengan pangkat Deputy Commisioner Police (DCP). Beliau adalah wanita pertama dalam kalangan pegawai PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang telah dilantik ke jawatan tersebut. Seterusnya beliau dilantik dan dinaikkan ke Commisioner Police (CP) serta memegang jawatan sebagai Pengarah Pengurusan di Bukit Aman.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zamri, Nur Khairunnisa 2012200698 Sabtu, Rabiatul Adawiyah 2012241368 |
Subjects: | C Auxiliary Sciences of History > CT Biography H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Law enforcement. Police. Detectives. Constabulary |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | PDRM (Polis Diraja Malaysia), Polis, Bukit Aman, Pahang |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119483 |