Transkrip temubual bersama konstable Dollah bin Uyub mengenai pengalaman beliau sebagai Special Constable (SC) semasa serangan hendap gerila komunis di Bukit Jalur, Air Kuning Selatan, Gemas, Negeri Sembilan pada tahun 1952

Ahmad, Azizah and Yahaya, Nor Izzurin (2013) Transkrip temubual bersama konstable Dollah bin Uyub mengenai pengalaman beliau sebagai Special Constable (SC) semasa serangan hendap gerila komunis di Bukit Jalur, Air Kuning Selatan, Gemas, Negeri Sembilan pada tahun 1952. [Oral History] (Unpublished)

Abstract

Dollah Bin Uyub merupakan bekas Special Constable (SC) bermula dari tahun 1948 sehingga tahun 1957. Special Constable ditubuhkan di Tanah Melayu bertujuan untuk membanteras Parti Komunis Malaya (PKM) yang bermaharajalela melancarkan serangan untuk menguasai Tanah Melayu melalui kekerasan dan kekejaman. Pada awalnya, beliau telah menjalani latihan sebagai Special Constable di Seri Menanti, Seremban, selama sebulan. Selepas tamat latihan, beliau telah diarahkan untuk melaporkan diri di Balai Polis Tampin dan kemudiannya beliau dihantar berkhidmat di Air Kuning, Gemas, Negeri Sembilan, selama setahun. Beliau dikhaskan untuk berkhidmat di kawasan estet Air Kuning bagi mengawal di antara sempadan Air Kuning dan Gemas serta kawasan sekitarnya. Namun, pada tahun 1952, satu serangan gerila komunis telah berlaku di Bukit Jalor, Air Kuning, Gemas, Negeri Sembilan. Beliau, yang merupakan saksi pertempuran tersebut, telah merasai pelbagai pengalaman selama tempoh serangan gerila itu berlaku. Sepanjang perkhidmatan beliau, itu adalah kali pertama beliau bertempur dengan pihak komunis. Pelbagai kekejaman telah dilakukan oleh pihak komunis dan kesan daripada kejadian tersebut, pelbagai kemusnahan telah dialami oleh penduduk setempat. Berikutan daripada kejadian tersebut, beliau telah dianugerahkan pingat penghargaan daripada pihak kerajaan di atas jasa dan sumbangan beliau mempertahankan Tanah Melayu semasa berkhidmat sebagai Special Constable. Beliau telah berkhidmat sebagai Special Constable selama tujuh tahun dan pada tahun 1957, iaitu selepas kemerdekaan Tanah Melayu, beliau telah membuat keputusan untuk bersara.

Metadata

Item Type: Oral History
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Azizah
UNSPECIFIED
Yahaya, Nor Izzurin
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Abdul Jamil@Kamarudzzaman, Azura
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
U Military Science > U Military Science (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Serangan gerila komunis, Balai Polis Air Kuning, Komunis, Special Constable
Date: 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119425
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 119425.pdf] Text
119425.pdf

Download (309kB)

ID Number

119425

Indexing

Statistic

Statistic details