Abstract
Wawancara ini telah dijalankan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur, pada 4 Mac 2011, jam tiga petang. Ia melibatkan Dato' Dr. Haji Mohd Anuar bin Rethwan, yang merupakan Sasterawan Negara Malaysia Kesepuluh, dan memfokuskan pengalaman beliau dalam bidang penulisan.
Temu bual yang dijalankan selama dua jam telah memberi fokus tentang penglibatan beliau dalam bidang penulisan novel, cerpen, puisi, dan drama. Antara novel-novel beliau yang terkenal ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Arus, dan Naratif Ogonshoto. Karya-karya beliau dalam bentuk drama pula ialah Orang-orang Kecil dan Pulang. Setakat ini, beliau hanya menghasilkan satu kumpulan puisi iaitu Tercipta dari Tanah.
Karya-karya beliau turut diterjemahkan ke dalam enam belas bahasa, antaranya Bahasa Inggeris, Belanda, Rusia, Cina, Perancis, Hungary, Vietnam, dan pelbagai bahasa lain. Di samping itu, beliau telah memenangi pelbagai hadiah, antaranya Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Drama Yayasan Seni Berita Harian, Hadiah Drama Esso-GAPENA, dan juga SEA Write Award.
Kemuncak kepada kejayaan beliau ialah apabila beliau dilantik sebagai Sasterawan Negara Kesepuluh pada 20 Oktober 2009, yang dianugerahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ak Matu, Peggy Ann Iba 2009399239 Ahmad, Syafinaz UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor TM Sulaiman, Shaharom UNSPECIFIED Advisor Jamaluddin, Aniza UNSPECIFIED |
| Subjects: | C Auxiliary Sciences of History > CT Biography P Language and Literature > PN Literature (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara Malaysia Kesepuluh, penulis, Universiti Teknologi MARA, Puncak Perdana, Shah Alam, Dokumentasi Sejarah Lisan |
| Date: | 2011 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119421 |
