Abstract
“Jomlah masuk MITASA”, dialog yang sering diucap oleh Presiden, Exco, ahli Majlis Kerja MITASA dan ahli yang aktif kepada para akademia di UiTM seluruh Malaysia. Maklum balas dan respon yang selalu diterima adalah “dapat apa masuk MITASA?” Persoalan yang menarik untuk dibahaskan kerana fitrah manusia adalah mencari manfaat dan faedah dalam sesuatu hal. Apa itu MITASA? Diterjemahkan sebagai Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA, adakah anda tahu apa itu kesatuan sekerja? Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Edisi Keempat, kesatuan sekerja bermaksud perkumpulan atau pergabungan pekerja yang terlibat dalam jenis kerja yang sama dan bertujuan menjaga kepentingan mereka. Justeru, kakitangan akademik di UiTM bersatu teguh di bawah naungan kesatuan (MITASA) ini demi menyuarakan suara dan pendapat pensyarah, menjaga kebajikan dan mempertahankan hak-hak kita. “Eh, boleh ya buat kesatuan sekerja di kalangan pensyarah?” Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Trade Union Act) memberi hak kepada semua pekerja, dalam suatu pekerjaan atau industri yang sama, sepenuh masa atau separuh masa untuk membentuk dan menyertai kesatuan sekerja selagi kesatuan tersebut berdaftar. Jadi, ada apa dengan MITASA? “Dapat apa ya masuk MITASA?” Persoalan yang paling kerap ditanya oleh ahliahli akademik kerana yuran keahlian sebanyak RM6.00 perlu dibayar pada setiap bulan. Kepentingan dan hak asas yang ditekankan oleh undang-undang kesatuan sekerja berdasarkan dua (2) perkara utama iaitu pertama; hak untuk membuat rungutan (complaint) berkaitan kerja tanpa ada rasa takut untuk dibuang kerja dan kedua; hak untuk berunding secara kolektif untuk keadaan kerja yang lebih kondusif dan baik.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, MITASA UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) |
ISSN: | 3083-8118 |
Keywords: | Buletin, MITASA, UiTM, Kesatuan |
Date: | December 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119227 |