Abstract
Dalam dunia pendidikan yang semakin maju, teknologi pengajaran memainkan peranan yang semakin penting untuk membantu pelajar mencapai kejayaan. Namun, satu aspek penting yang sering diabaikan adalah bagaimana teknologi ini disesuaikan dengan gaya belajar pelajar. Penyesuaian ini bukan sahaja dapat meningkatkan minat pelajar tetapi juga meningkatkan penguasaan mereka terhadap bahan pembelajaran. Setiap pelajar mempunyai gaya belajar yang berbeza dan beberapa gaya belajar utama yang dikenali, termasuk gaya visual, auditori dan kinestetik. Gaya visual memerlukan pelajar melihat imej dan grafik untuk memahami konsep, manakala gaya auditori lebih bergantung pada mendengar dan perbincangan. Bagi pelajar dengan gaya kinestetik, mereka lebih suka bergerak dan berinteraksi secara fizikal dengan bahan pembelajaran. Maka dengan kepelbagaian teknologi mampu menyokong setiap gaya belajar dan minat pelajar terhadap bahan pembelajaran.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, MITASA UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) |
ISSN: | 3083-8118 |
Keywords: | Buletin, MITASA, UiTM, Teknologi |
Date: | December 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119225 |