Abstract
Tahun ini kita menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-67. Namun perlu kita akui bahawa pembentukan Malaysia adalah pada 16 September 1963 yang diaggotai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kemudian pada 9 Ogos 1965, Parlimen Malaysia telah sebulat suara bersetuju akan pengeluaran Singapura daripada Persekutuan Malaysia. Sebagai negara yang mengamalkan sistem politik federalisme, ini adalah satu proses yang biasanya akan berlaku; bersatu atau berpisah. Kita juga mengakui bahawa rakyat Malaysia mempunyai latar yang pelbagai seperti agama, kaum, budaya, bahasa, dialek dan banyak lagi. Tetapi ini bukanlah kelemahan kita atau penyebab utama kita tidak boleh bersatu malah bertelagah diantara satu sama lain. Semestinya kepelbagaian ini adalah satu keistimewaan dan kelebihan kepada negara jika kita bersatu padu. Malaysia pernah melalui peristiwa hitam yang seperti rusuhan kaum pada 1964 (Singapura) dan 1969 (Kuala Lumpur). Insiden ini jelas menunjukkan betapa rapuhnya perpaduan dikalangan rakyat pada ketika itu dan kurangnya usaha oleh pemerintah untuk menyatupadukan rakyat. Hanya setelah berlakunya insiden 13 Mei 1969, pemerintah merasakan Malaysia memerlukan satu ideologi sebagai panduan dan menjadi asas kepada gagasan kebangsaan Malaysia. Maka wujudlah apa yang dipanggil ‘Rukun Negara’ sebagai panduan dan pegangan rakyat Malaysia.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, MITASA UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) |
ISSN: | 3083-8118 |
Keywords: | Buletin, MITASA, UiTM, ABIM |
Date: | December 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119222 |