Abstract
Internet of Things atau singkatan popularnya IoT, adalah satu teknologi yang menghubungkan rangkaian peranti fizikal dengan Internet. Oleh itu, data dapat dikumpulkan dan dikongsi bersama secara automatik tanpa campur tangan manusia. Selain daripada peranti fizikal seperti peralatan-peralatan elektronik yang ada di rumah, kenderaan juga boleh menjadi salah satu peranti IoT, manakala telefon pintar bertindak sebagai peranti yang mengawal peranti-peranti tersebut. Peranti-peranti tersebut mempunyai penderia (sensor) dan perisian yang membolehkan komunikasi berlaku di antara peranti-peranti yang disambungkan kepada internet. Dengan adanya penderia, peranti-peranti tersebut mendapat input dari persekitaran lalu diproses bagi menghasilkan output seperti yang dikehendaki. Sebagai contoh, sistem penggera rumah yang dilengkapi dengan penderia mengesan input seperti pembukaan pintu atau tingkap lalu menghantar maklumat tersebut kepada tuan rumah melalui telefon pintar. Lantaran itu, tuan rumah boleh tahu bahawa rumahnya diseludup masuk, dan penggera boleh dimatikan atau dibiarkan sehingga bantuan tiba. Kini, IoT telah berkembang dengan pesat di seluruh dunia. Namun, perkembangan tersebut memberi cabaran dari pelbagai segi seperti keselamatan dan privasi, kecekapan tenaga, pengkomputeran Edge dan integrasi 5G, bandar pintar, dan juga peranti boleh pakai.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, MITASA UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) |
ISSN: | 3083-8118 |
Keywords: | Buletin, MITASA, UiTM, IoT |
Date: | December 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119219 |