Cabaran penyeliaan kejururawatan ke lapangan klinikal, Disember 2024

UiTM, MITASA (2024) Cabaran penyeliaan kejururawatan ke lapangan klinikal, Disember 2024. Bulletin. Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA), UiTM Shah Alam.

Abstract

Tugasan menyelia pelajar kejururawatan di lapangan klinikal amatlah mencabar kerana pelajar perlu menjalani prosedur sebenar ke atas pesakit untuk semua tatacara kejururawatan sejak mereka dari semester satu sehingga ke semester akhir iaitu semester enam. Bagi pelajar semester satu, ianya merupakan pengalaman yang amat mendebarkan kerana ia kali pertama mereka melakukan tatacara kejururawatan ke atas pesakit kerana kebiasaannya mereka hanya membuat latihan di makmal jururawat menggunakan patung patung yang disediakan, sebelum ditempatkan ke lapangan sebenar. Pelajar kejururawatan yang menjalankan latihan sama ada latihan di pusat kerajaan atau swasta di universiti mahupun kolej, kualiti pengajaran dan pembelajaran kejururawatannya dipantau oleh Lembaga Jururawat Malaysia bagi memastikan ianya mengikut piawai yang digaris oleh badan itu. Pelajar kejururawatan perlu menjalani latihan praktikal untuk 3 tahun dan latihan program kejururawatan itu harus mencapai 2,080 jam bersamaan 52 minggu. Selain itu, mencapai semua sasaran prosedur semester satu hingga semester enam sebanyak 206 prosedur bagi melayakkan mereka dapat menduduki peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia dan mendapat pengiktirafan sebagai jururawat berdaftar dan berlesen.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, MITASA
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA)
ISSN: 3083-8118
Keywords: Buletin, MITASA, UiTM, Kejururawatan
Date: December 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119217
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 119217.pdf] Text
119217.pdf

Download (909kB)

ID Number

119217

Indexing

Statistic

Statistic details