Abstract
Pernahkah anda menghadapi situasi dimana anda meminjamkan wang kepada seseorang, namun apabila anda menuntut wang tersebut, peminjam tersebut terus menghilang? Itulah senario yang sering berlaku dalam masyarakat kita kini. Akan ada keadaan di mana kita berasa kasihan terhadap kesusahan dan ujian hidup orang lain, lebih-lebih lagi orang yang kita percayai. Namun tanpa diduga, setelah kita sudi meminjamkan wang kepada mereka, mereka enggan memulangkan semula malah terus menyepikan diri. “Ah, tak akanlah aku nak bertegang urat, bergaduh, berparang disebabkan duit dan harta”. Kebanyakan dari masyarakat kita apabila berhadapan dengan masalah ini, akan memilih untuk ‘reda’ dan hanya berharap kepada balasan Tuhan. Kita memilih untuk berputus asa kerana merasakan tiada cara untuk kita lakukan untuk meminta hak kita kembali. Namun berputus asa tanpa berusaha bukanlah cara yang benar dalam menyelesaikan masalah. Tahukah anda, mengikut Seksyen 6(1) Akta Had Masa 1953, sekiranya anda tidak menuntut hutang dalam tempoh 6 tahun, hutang tersebut akan dianggap lupus? Jadi apakah caranya supaya kita mampu memperoleh wang kita mengikut penguatkuasaan penghakiman atau perintah mahkamah?
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, MITASA UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) |
ISSN: | 3083-8118 |
Keywords: | Buletin, MITASA, UiTM, Hutang |
Date: | December 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119215 |