Abstract
Tarikh 3 Disember pada setiap tahun diiktiraf sebagai Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia. Sempena sambutan Hari OKU Sedunia ini, Hospital UITM menerusi Jabatan Perubatan Pemulihan telah berkolaborasi dengan Unit Perkhidmatan OKU (UPO) UITM dalam menjayakan sambutan Hari OKU Sedunia 2021 peringkat HUITM melalui penganjuran pelbagai aktiviti kesedaran dan sesi perkongsian ilmu kepada warga bermula 03 hingga 24 Disember 2021. Dengan tema 'Kepimpinan dan Penyertaan OKU Menuju Endemik COVID-19', sambutan ini dianjurkan dengan matlamat memberi pendidikan dan menanam kesedaran kepada warga UITM dan seluruh masyarakat berhubung isu-isu berkait OKU dari aspek perubatan dan kesejahteraan sosial. Program ini juga merupakan inisiatif Jabatan Perubatan Pemulihan HUITM dan UPO UITM menyantuni golongan OKU yang berpotensi untuk maju dan mencapai kejayaan dengan bantuan pelbagai pihak di samping mewujudkan suasana positif dan kondusif untuk pengembangan potensi golongan OKU.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Hospital Puncak Alam UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Abdul Satar @ Ahmad Sabri, Mohd Hafidz UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works R Medicine > R Medicine (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Hospital Puncak Alam |
Journal or Publication Title: | Hospital UiTM Newsletter |
Keywords: | Hospital UiTM, cakna OKU, COVID-19 |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119210 |