Abstract
Sempena cuti sekolah yang baru bermula, Jabatan Pembedahan Am, Hospital UiTM mengambil inisiatif menganjurkan Program Sunathon HUITM 2021 pada 15-16 Disember 2021, bertempat di Pusat Rawatan Harian HUITM. Program yang dianjurkan khas untuk anak-anak warga UITM ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana seramai 36 orang kanak-kanak telah didaftarkan. Sesi perasmian program telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail, Timbalan Pengarah (Klinikal) HUITM yang hadir mewakili Pengarah. Turut hadiri memeriahkan program ialah wakil daripada KKUITM (Kesatuan Kakitangan Umum UiTM) iaitu Tuan Haji Zulkifli Mohammed (Presiden), Encik Shahizan Said (Timbalan Presiden) dan Encik Mohd Khairul Mohd Saad (Setiausaha). Sebagai menyokong program yang dianjurkan, KKUITM telah sudi memberi sumbangan makanan dan juga peralatan (beg) kepada semua peserta Program Sunathon. Menurut Dr Shaiful Amir Abdul Manap (Pakar Bedah, Jabatan Pembedahan Am, selaku Pengarah Program Sunathon HUITM 2021), program kali ini amat bermakna kerana ianya julung-julung kali diadakan di Hospital UITM Puncak Alam setelah tertangguh penganjurannya pada tahun 2020 ekoran situasi semasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut beliau lagi, penyertaan untuk program kali ini mendapat sambutan yang amat baik dan tidak menolak kemungkinan akan menambah bilangan peserta untuk program yang akan datang. Ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang telah sudi menghulur sumbangan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Hospital Puncak Alam UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Abdul Satar @ Ahmad Sabri, Mohd Hafidz UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works R Medicine > R Medicine (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Hospital Puncak Alam |
Journal or Publication Title: | Hospital UiTM Newsletter |
Keywords: | Sunathon, HUiTM, Puncak Alam |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119203 |