Laporan Tahunan UiTM 2004

UiTM, Communications Department (2004) Laporan Tahunan UiTM 2004. Annual Report. Bahagian Pentadbiran dan Sekretariat, UiTM, Shah Alam.

Abstract

Upacara perasmian universiti ini dilakukan pada 14 Februari 1957 oleh Menteri Perdagangan dan Industri ketika itu, Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman. Konvokesyen pertama universiti ini diadakan padatahun 1962, yang menyaksikan 80 graduan menerima sijil daripada Y.A.B. Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Timbalan Perdana Menteri. Pada tahun 1965 (5-7 Jun 1965), melalui Kongres Ekonomi Bumiputera, sebanyak 68 resolusi telah dihasilkan. Daripada kesemua 68 resolusi tersebut, sebanyak 22 resolusi adalah berkaitan dengan peranan & objektif RIDA. Pada Disember 1965, melalui Akta Majlis Amanah Rakyat, RIDA ditukar menjadi Majlis Amanah Rakyat, atau MARA. Dewan Latehan RIDA ditukar nama kepada Maktab MARA. Kemudian, pada 14 Oktober 1967 majlis perletakan batu asas diadakan, yang sempurnakan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Ekoran itu, nama Maktab MARA ditukar menjadi Institut Teknologi MARA (ITM).Pada bulan Jun 1976, Akta ITM telah diluluskan oleh Parlimen, sekaligus meletakkan ITM di bawah tadbiran langsung Kementerian Pendidikan. Tidak lama kemudian, pada 18 November 1980, dalam mesyuarat Majlis ITM yang ke 27, ketetapan telah dibuat bahawa penubuhan ITM ialah pada tahun 1956 bersempena objektif asal Dewan Latehan RIDA. Akta ITM (pindaan 1996) diperkenalkan yang implikasinya membolehkan ITM menawarkan program-program lepas ijazah (Ph.D & Sarjana). Sejarah UiTM terus terukir apabila pada 26 Ogos 1999, suatu perjumpaan besar-besaran dianjurkan di Stadium Malawati, Shah Alam. ITM ditukar nama menjadi UiTM. Lanjutan daripada itu, pada tanggal 25 Februari 2000, Akta ITM (Pindaan 2000) diluluskan oleh Dewan Rakyat, diikuti pula oleh Dewan Negara yang meluluskannya pada 8 Mei 2000. Yang Di Pertuan Agong dilantik secara automatis menjadi Canselor Universiti Teknologi MARA

Metadata

Item Type: Monograph (Annual Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Communications Department
bkk@uitm.edu.my
Subjects: L Education > L Education (General) > Yearbooks
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Governan dan Sekretariat Universiti
Journal or Publication Title: Laporan Tahunan UiTM
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11919
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LT_LAPORAN TAHUNAN 2004.pdf] Text
LT_LAPORAN TAHUNAN 2004.pdf
Restricted to Registered users only

Download (65MB)
[thumbnail of 11919.pdf] Text
11919.pdf

Download (10MB)

ID Number

11919

Indexing

Statistic

Statistic details