Abstract
Sesi Pertukaran Dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) dan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan tujuh (7) syarikat luar telah diadakan pada 9 Disember 2021 bertempat di Hospital UITM Puncak Alam. Sesi pertukaran dokumen MoA dan MoU ini melibatkan pihak Boston Scientific Sdn Bhd, Clinical Research Malaysia (CRM), Edgenta Healthtronics, Medtronics Malaysia Sdn Bhd, Ronald McDonald House Charities Malaysia, Philips Malaysia Sdn Bhd dan Allm Sea Sdn Bhd. Majlis yang diadakan ini merupakan simbolik kerjasama strategik antara Universiti Teknologi MARA (UITM) menerusi Hospital UITM dengan agensi luar dengan fokus utama kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni) UITM yang telah menyaksikan sesi pertukaran dokumen MoA dan MoU di antara Hospital UITM yang diwakili Pengarah Hospital UITM, Prof. Dr. Sazzli Shahlan Kasim dengan Boston Scientific Sdn Bhd (diwakili Mr. Alphons Festus, Pengurus Unit Perniagaan), Clinical Research Malaysia (diwakili Dr. Akhmal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif), Edgenta Healthronics (diwakili Dr. Nik Fawaz Nik Abdul Aziz, Pengarah Urusan), Medtronics Malaysia Sdn Bhd (diwakili Mr. Simon Yam, Pengarah Perniagaan), Ronald McDonald House Charities Malaysia (Mr. Azmir Jaafar, Presiden), Philips Malaysia Sdn Bhd (diwakili oleh Encik Joshua Chan, Ketua Bahagian Jualan) dan Allm Sea Sdn Bhd (diwakil Ms Ng Shiuh Yun).
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Hospital Puncak Alam UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Abdul Satar @ Ahmad Sabri, Mohd Hafidz UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works R Medicine > R Medicine (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Hospital Puncak Alam |
Journal or Publication Title: | Hospital UiTM Newsletter |
Keywords: | Hospital UiTM, Kerjasama Strategik, Sinergi, Industri |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119186 |