Abstract
Dalam usaha mempersiapkan Hospital UITM (HUITM) sebagai Hospital Rakan Bayi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (0&G), HUITM telah mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Advokasi Inisiatif Hospital Rakan Bayi pada 18-19 November 2021 bertempat Auditorium 2, HUITM. Bengkel ini dianjurkan selaras dengan usaha dan strategi yang telah diatur oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Antara salah satu Langkah untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah menerusi pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Hospital Rakan Bayi adalah merupakan usaha yang dilakukan di peringkat global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dengan matlamat utama adalah memastikan setiap bayi mendapat permulaan kehidupan yang terbaik melalui persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu. Bagi tujuan mendapat pengiktirafan Sebagai Hospital Rakan Bayi, hospital perlu melaksanakan 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya menggunakan WHO/UNICEF Baby-Friendly Hospital Initiative Global Criteria. Justeru, bengkel ini merupakan usaha awal Hospital UITM ke arah mendapat pengiktirafan ini. Bengkel dihadiri oleh seramai 50 orang petugas kesihatan HUTM dan dimulakan dengan ucapan oleh Dr. Suriani Idris, Pakar 0&G HUITM merangkap Pengerusi Program Bengkel Advokasi Inisiatif Hospital Rakan Bayi ini. Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail, Timbalan Pengarah (Klinikal) yang hadir mewakili Pengarah HUITM. Ucaptama sempena bengkel telah disampaikan oleh Dr. Noor Haliza Yussoff, Pakar Perunding Kanan 0&G, Ketua Pusat Laktasi Kebangsaan. Turut menyampaikan ceramah ialah Encik Ja'afar bin Mohamed Iris Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Syabas diucapkan kepada Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (0&G), HUITM atas kejayaan penganjuran program. Semoga bengkel yang diadakan ini mampu menyuntik semangat dan motivasi para peserta untuk terus komited demi mencapai status HUITM sebagai Hospital Rakan Bayi.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Hospital Puncak Alam UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Abdul Satar @ Ahmad Sabri, Mohd Hafidz UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works R Medicine > R Medicine (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Hospital Puncak Alam |
Journal or Publication Title: | Hospital UiTM Newsletter |
Keywords: | Bengkel, Advokasi, Rakan Bayi, BFHI, HUiTM |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119184 |