Abstract
Setiap tahun Hari Akademia disambut pada 5 Oktober dan Oktober merupakan Bulan Akademik. Hari Akademia buat pertama kalinya diraikan pada tahun 2019 dan ia adalah hari istimewa bagi memberi penghormatan kepada pensyarah di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti, institut latihan guru, kolej matrikulasi, juga institusi latihan teknikal dan vokasional. Hari Akademia 2021 disambut dengan tema 'Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya'. Bersempena dengan Hari Akademia tahun ini, Persatuan Kakitangan Akademik UITM (UTIMAS) dan Hospital UITM mengambil inisiatif mengadakan sesi penanaman pokok pada 25 Oktober 2021 di Hospital UITM iaitu simbolik kepada suburnya budaya kecemerlangan akademik dalam kalangan warga UITM. Sesi ini juga diadakan sebagai tanda sokongan pihak UTIMAS kepada Kempen Kesedaran Kanser Payudara yang diadakan di Hospital UITM. Sesi dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Sazzli Shahlan Kasim (Pengarah Hospital UITM), YBhg. Prof. Madya Datin Dr. Hajah Sarimah Ismail (Presiden UTIMAS), YBhg. Prof. Ts. Dr. Asmah Awal (Timbalan Rektor UCS - Penyelidikan dan Inovasi), Puan Norazean Abdul Rahman (Pengarah Jabatan Lanskap Majlis Perbandaran Kuala Selangor) dan juga wakil-wakil Exco UTIMAS. Ucapan ribuan terima kasih kepada Jabatan Lanskap Majlis Perbandaran Kuala Selangor atas sumbangan pokok bunga. Setinggi-tinggi penghargaan buat UTIMAS atas kesudian menjalinkan kerjasama dalam menjayakan program. Semoga hubungan yang terjalin ini terus dipererat dengan kerjasama programprogram lain pada masa akan datang.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Hospital Puncak Alam UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Abdul Satar @ Ahmad Sabri, Mohd Hafidz UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works R Medicine > R Medicine (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Hospital Puncak Alam |
Journal or Publication Title: | Hospital UiTM Newsletter |
Keywords: | Simbolik, Kanser Payudara, Pink October |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119173 |