Abstract
Pada tahun 2000 Kementerian Pendidikan telah meluluskan penubuhan lima (5) buah lagi kampus iaitu Kuala Lumpur, Alor Setar, Bandaraya Melaka, Kota Bharu dan Kota Kinabalu, menjadikan kesemua kampus berjumlah 11 buah diseluruh negara. Kampus-kampus yang lain adalah di Ipoh, Seremban, Johor Bahru, Raub, Kuala Terengganu dan Kuching.Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM6,366,00 kepada UiTM bagi memulakan operasi kesemua sebelas kampus yang berkenaan.Sehingga akhir tahun 2000 kampus-kampus yang sedia beroperasi adalah di Johor Bahru, Raub, Kuala Terenganu dan Tawau. Manakala selebihnya akan memulakan operasi masing-masing pada tahun 2001). Program-program yang ditawarkan adalah seperti Pra-Perdagangan, Pra-Sains, Diploma Perakaunan, Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Pengajian Perniagaan, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Kewangan) dan Sarjana Muda (Kepujian) TESL.Kampus-kampus ini dibangunkan di bandar-bandar utama bagi memberi peluang kepada pelajar tempatan atau yang tinggalberhampiran dengan tempat asal mengikuti program pengajian pada peringkat sijil, pra-diploma, diploma dan ijazah secara separuh masa mahupun sepenuh masa. Setiap pelajar dikenakan bayaran tertentu yang ditetapkan dan pihak UiTM tidak menyediakan kemudahan asrama atau tempat tinggal kepada pelajar-pelajar sepenuh masa
Metadata
Item Type: | Monograph (Annual Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Communications Department bkk@uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > L Education (General) > Yearbooks L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
Journal or Publication Title: | Laporan Tahunan UiTM |
Date: | 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11916 |
Download
LT_LAPORAN TAHUNAN 2000.pdf
Restricted to Registered users only
Download (8MB)
11916.pdf
Download (508kB)