Abstract
Dalam usaha meningkatkan jumlah pelanggan hospital yang menggunakan aplikasi 'Hospital UiTM Mobile Health Passport', Jabatan Komunikasi Korporat HUITM mengambil inisiatif melancarkan kempen 'EZIDAFTAR' bermula 1L Oktober 2021 sehingga 05 November 2021. Sepanjang kempen berlangsung, pelanggan yang hadir untuk ke HUITM akan diberi penerangan secara terperinci berkaitan aplikasi ini oleh sekretariat kempen yang bertugas. Kempen ini juga dianjurkan bagi memperkenalkan kepada pelanggan HUITM khususnya pelanggan baru dan pelanggan sedia ada tentang keistimewaan aplikasi ini termasuk kemudahan membuat pembayaran secara atas talian. 'Hospital UITM Mobile Health Passport' merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Infostruktur HUITM dan mula digunakan sejak September 2020. Aplikasi mesra pengguna ini mampu memudahkan urusan pendaftaran pesakit Hospital UITM di samping menyediakan informasi kesihatan. la juga dijamin selamat kerana maklumat pesakit yang terkandung dalam aplikasi ini terjaga kerahsiaannya (hanya pesakit yang boleh akses maklumat).
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Hospital Puncak Alam UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Abdul Satar @ Ahmad Sabri, Mohd Hafidz UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works R Medicine > R Medicine (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Hospital Puncak Alam |
Journal or Publication Title: | HUiTM Newsletter |
Keywords: | Ezidaftar, Hospital UiTM, Mobile Health, HUiTM |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119123 |