Abstract
Dalam usaha membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Hospital UITM bersama-sama Fakulti Perubatan UITM menggerakkan pasukan khas (Mobile PPV) ke kawasan pedalaman sekitar Kuala Selangor bagi pemberian vaksin khususnya kepada pesakit mahupun warga awam yang mempunyai kekangan datang ke Pusat Pemberian Vaksin. Sesi pemberian vaksin ini diadakan pada 13 September 2021 dengan tumpuan diberikan kepada individu yang terlantar sakit serta penduduk yang menghadapi masalah logistik seperti tiada kemudahan pengangkutan. Inisiatif ini dibuat bagi memudahkan proses pemberian vaksin kepada komuniti setempat seterusnya menyumbang kepada peningkatan jumlah penerima vaksin dan meningkatkan tahap pencapaian imuniti kelompok bagi membendung penularan wabak covid-19. Program ini juga telah mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor dan sukarelawan USIAMAS. Dengan penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di UITM Puncak Alam, pemberian vaksin kepada komuniti yang terpinggir masih boleh diteruskan melalui kaedah jangkau luar (outreach) oleh pasukan khas ini (Mobile PPV). Usaha ini juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) HUITM dan Fakulti Perubatan UITM dalam usaha mengurangkan beban yang digalas oleh pihak KKM. Beroperasi selama 2 bulan, pasukan khas (Mobile PPV) ini telah berjaya memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada 31 orang pesakit (warganegara) dan seramai 35 orang pekerja binaan (bukan warganegara) di sekitar kawasan PKD Kuala Selangor termasuk Puncak Alam, Jeram, Sungai Buloh dan Bestari Jaya. Syabas kepada semua petugas kesihatan yang telah memberi komitmen demi merealisasikan pencapaian imuniti kelompok serta memastikan setiap warga tidak tercicir mendapat vaksin MUKAsurat-4 COVID-19.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Hospital Puncak Alam UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Abdul Satar @ Ahmad Sabri, Mohd Hafidz UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works R Medicine > R Medicine (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Hospital Puncak Alam |
Journal or Publication Title: | HUiTM Newsletter |
Keywords: | Hospital UiTM, Fakulti Perubatan UiTM, Vaksin Covid-19 |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119120 |