Jabatan obstetrik dan ginekologi (O&G) mula operasi di Hospital UiTM Puncak Alam

UiTM, Hospital Puncak Alam (2021) Jabatan obstetrik dan ginekologi (O&G) mula operasi di Hospital UiTM Puncak Alam. Bulletin. Hospital Puncak Alam, Shah Alam.

Abstract

Tarikh 1 November 2021 menyaksikan operasi Jabatan Obstetrik & Ginekologi di Pusat Pakar Perubatan UITM (PPUITM) Sungai Buloh ditamatkan bagi meneruskan perkhidmatan di Hospital UITM (HUITM) Puncak Alam. Transisi lokasi perkhidmatan ini berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang di samping staf yang bakal bertugas di Dewan Bersalin HUITM juga diberikan kursus khas sejak 2 November 2021. Kursus ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada Pakar Perunding, Pegawai Perubatan, Jururawat dan Pembantu Perawatan Klinikal (PPK) tentang proses kerja di Dewan Bersalin, Patient Assessment Centre (PAC), Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU) dan Wad Obstetrik & Ginekologi. PPUITM Sungai Buloh menyambut kelahiran bayi yang pertama pada 7 September 2021 dan sejak beroperasi sehingga 1 November 2021, sebanyak 220 kelahiran bayi telah direkodkan. Perkhidmatan Jabatan Obstetrik & Ginekologi di HUITM Puncak Alam sebenarnya dimulakan lebih awal daripada yang dirancang ekoran situasi semasa peningkatan kes COVID-19 dan PPUITM Sungai Buloh pula mula menerima pesakit COVID-19. Pada tanggal 3 November 2021, perkhidmatan di Dewan Bersalin Hospital UITM Puncak Alam secara rasminya dibuka untuk warga awam dan tarikh ini juga mencatat sejarah tersendiri apabila menerima kelahiran bayi yang pertama seawal jam 3.42 pagi dan bayi kedua disambut pada jam 1.29 petang. Sejak memulakan operasi, sebanyak 50 kelahiran bayi telah dicatat (rekod sehingga Disember 2021).

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Hospital Puncak Alam
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Editor
Abdul Satar @ Ahmad Sabri, Mohd Hafidz
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Hospital Puncak Alam
Journal or Publication Title: Hospital UiTM Newsletter
Keywords: Obstetrik, Ginekologi, Hospital UiTM, Puncak Alam
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119104
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 119104.pdf] Text
119104.pdf

Download (2MB)

ID Number

119104

Indexing

Statistic

Statistic details