Pemasaran seni visual dari perspektif syariah Islam: pandangan dari Timbalan Mufti Perak

Abd Wahed, Mohamad Farid and Abdul Rahim, Mohd Daud and Ramli, Ishak (2025) Pemasaran seni visual dari perspektif syariah Islam: pandangan dari Timbalan Mufti Perak. Idealogy Journal, 10 (1): 22. pp. 22-30. ISSN 2550-214X

Abstract

Pemasaran karya seni visual jarang menjadi subjek perbincangan yang melibatkan aspek hukum dan etika, terutama dari perspektif Syariah Islam di Malaysia. Kajian ini dilihat menjadi penyumbang kepada kekurangan penelitian secara komprehensif yang menghubungkan seni visual dengan kerangka pemasaran dalam konteks hukum Islam. Objektif utama kajian adalah untuk menghuraikan pandangan Timbalan Mufti Perak terhadap pemasaran seni visual, meliputi lima elemen utama: produk, proses produksi, pasaran niaga, peruncit atau pengumpul, dan transaksi. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan temubual separa struktur selama 39 minit 08 saat bersama Timbalan Mufti Perak untuk mendapatkan pandangan yang mendalam dan terperinci. Dapatan kajian menunjukkan bahawa daripada lima elemen yang dikaji, sebanyak 35 pandangan telah dikemukakan, memberikan pelbagai perspektif tentang keabsahan, keadilan, dan etika dalam pemasaran seni visual menurut Syariah Islam. Kajian ini bukan sahaja memberikan sumbangan kepada bidang pemasaran seni visual dari perspektif Islam tetapi juga membantu penggiat seni memahami garis panduan Syariah dalam penghasilan, pengurusan dan penjualan karya seni mereka. Namun, tumpuan kepada pandangan seorang pakar menjadi salah satu limitasi kajian ini. Penyelidikan masa hadapan disarankan untuk melibatkan lebih ramai pakar dari pelbagai latar belakang atau melakukan analisis perbandingan dengan amalan pemasaran seni di negara lain bagi memperluaskan konteks kajian.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Wahed, Mohamad Farid
UNSPECIFIED
Abdul Rahim, Mohd Daud
daudraahim73@gmail.com
Ramli, Ishak
ishak991@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture
N Fine Arts > NX Arts in general > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Art and Design
Journal or Publication Title: Idealogy Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Idealogy Journal (IdJ)
ISSN: 2550-214X
Volume: 10
Number: 1
Page Range: pp. 22-30
Keywords: Seni visual, Pemasaran, Syariah Islam
Date: April 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119090
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 119090.pdf] Text
119090.pdf

Download (438kB)

ID Number

119090

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details