Abstract
Setiap karya seni visual memiliki makna tersurat dan tersirat yang membentuk kefahaman audien. Artikel ini memberi tumpuan kepada analisis makna denotatif, konotatif, dan mitos dalam karya catan King Culprit oleh Ruzzeki Harris, yang merupakan sebahagian karya yang dipamerkan dalam Pameran “Playing GOD” di Galeri Wei-Ling, Kuala Lumpur. Kajian ini adalah satu usaha menangani situasi kekurangan penyelidikan menyeluruh terhadap makna representasi visual dalam seni visual di Malaysia, terutamanya karya yang menggunakan pendekatan satira. Dengan mengaplikasi kerangka semiotik Roland Barthes, kajian ini meneroka tiga tahap makna yang saling berkait iaitu denotasi (makna literal), konotasi (makna simbolik atau tersirat), dan mitos (naratif budaya atau ideologi) serta digabungkan dengan perspektif hermeneutik visual untuk menyelami lapisan makna yang lebih mendalam dalam karya tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pada tahap denotasi, King Culprit menggambarkan figura dua dimensi yang mengandungi unsur satira sosial. Pada tahap konotasi, visualnya mengkritik individu atau kelompok yang menampilkan diri sebagai autoriti moral tetapi sarat dengan hipokrasi. Pada tahap mitos pula, karya ini mencerminkan keangkuhan kuasa dan ironi budaya dalam figur-figur berkuasa di masyarakat kontemporari. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang karya satira dalam seni lukis Malaysia serta potensinya untuk mengetengahkan isu sosial melalui medium visual. Namun, tumpuan kepada satu karya sahaja menjadi keterbatasan kajian ini, sekali gus membuka ruang untuk penyelidikan masa depan yang membandingkan karya lain dalam pameran “Playing GOD” atau kajian silang budaya terhadap seni visual yang bersifat kritikal.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jasni, Farah Amelia UNSPECIFIED Ramli, Ishak ishak991@uitm.edu.my |
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) > General works > Technique, composition, etc. N Fine Arts > ND Painting > General works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Art and Design |
Journal or Publication Title: | Idealogy Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Idealogy Journal (IdJ) |
ISSN: | 2550-214X |
Volume: | 10 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 73-88 |
Keywords: | Makna denotatif, Makna konotatif, Mitos, Representasi visual, Hermeneutik |
Date: | April 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/119072 |