Reka bentuk produk emosi: membentuk pengalaman melalui sentuhan emosi dalam reka bentuk

Md Nazri, Haslinda and Taharuddin, Nurul Shima and Ibrahim, Nor Idayu and Ibrahim, Noor Aileen (2025) Reka bentuk produk emosi: membentuk pengalaman melalui sentuhan emosi dalam reka bentuk. Idealogy Journal, 10 (1): 5. pp. 89-100. ISSN 2550-214X

Abstract

Reka bentuk produk emosi merupakan pendekatan yang menggabungkan elemen estetika, ergonomik dan psikologi bagi menghasilkan produk yang bukan sahaja berfungsi secara praktikal, tetapi turut membangkitkan perasaan positif dan memperkukuh pengalaman pengguna. Kajian ini meneliti peranan elemen emosi dalam reka bentuk hidangan seramik melalui pendekatan yang menumpukan kepada aspek estetika visual, naratif dan interaksi pengguna dalam mencipta pengalaman bermakna. Metodologi kajian ini melibatkan pendekatan kualitatif melalui pemerhatian, temu bual separa berstruktur serta analisis pengalaman pengguna terhadap prototaip hidangan seramik yang direka berdasarkan teori tiga peringkat reka bentuk — visceral, tingkah laku dan reflektif. Hasil kajian menunjukkan bahawa elemen visual yang menarik, tekstur sentuhan, serta naratif produk yang berkait rapat dengan nilai budaya dan emosi mampu merangsang tindak balas deria dan emosi pengguna secara signifikan. Pengalaman pengguna terhadap produk yang direka secara emosi menunjukkan peningkatan dalam keterlibatan emosi, kepuasan penggunaan dan hubungan psikologi dengan objek tersebut. Kajian ini membuktikan bahawa integrasi rangsangan deria dan reka bentuk berasaskan emosi mampu memperkaya pengalaman pengguna dan mewujudkan hubungan yang lebih mendalam antara manusia dan produk.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Nazri, Haslinda
hasli550@uitm.edu.my
Taharuddin, Nurul Shima
nurul026@uitm.edu.my
Ibrahim, Nor Idayu
idayuibrahim@uitm.edu.my
Ibrahim, Noor Aileen
nooraileen@uitm.edu.my
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Ceramics
N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Art and Design
Journal or Publication Title: Idealogy Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Idealogy Journal (IdJ)
ISSN: 2550-214X
Volume: 10
Number: 1
Page Range: pp. 89-100
Keywords: Reka bentuk emosi, Seramik, Pengalaman pengguna
Date: April 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118978
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 118978.pdf] Text
118978.pdf

Download (717kB)

ID Number

118978

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details