Abstract
Bengkel Pemulihan Rekod (Selepas Bencana) Siri 2/2024 anjuran Arkib Negara Malaysia telah berlangsung pada 10 hingga 11 Jun 2024 bertempat di Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan praktikal kepada peserta mengenai teknik dan kaedah pemulihan rekod yang terjejas akibat bencana seperti banjir, kebakaran, serangan serangga perosak dan kelembapan ekstrem. Sepanjang dua hari bengkel berlangsung, para peserta didedahkan kepada modul teori dan amali termasuk pengenalpastian kerosakan fizikal pada dokumen, proses pengeringan rekod basah, kaedah pembasmian kulat, serta teknik penyimpanan sementara yang selamat dan berkesan. Bengkel ini juga menekankan kepentingan penyediaan Pelan Tindak Balas Bencana Rekod (Disaster Preparedness and Response Plan) sebagai langkah proaktif bagi menjamin keselamatan dan kelestarian rekod awam serta dokumen bernilai sejarah. Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kecekapan agensi-agensi kerajaan serta organisasi dalam melindungi khazanah maklumat negara sekiranya berlaku bencana.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Azmi, Nor Azilawati UNSPECIFIED Muhamad Sam, Rafidah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohamad Azmi, Nor Azilawati UNSPECIFIED Editor Muhamad Sam, Rafidah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Perpustakaan Tun Abdul Razak Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Library Buzz |
Keywords: | Bengkel Pemulihan Rekod, Arkib Negara Malaysia, Pelan Tindak Balas Bencana Rekod |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118967 |