Lawatan kerja hospital pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA), Terengganu ke HUiTM eratkan hubungan

UiTM, Hospital Puncak Alam (2022) Lawatan kerja hospital pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA), Terengganu ke HUiTM eratkan hubungan. Bulletin. Hospital UiTM Puncak Alam, Shah Alam.

Abstract

Hospital UiTM hari ini menerima lawatan kerja dari Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA), Terengganu. Delegasi diketuai oleh YBhg. Dr. Azmi bin Omar, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UNiSZA bersama 10 wakil pegawai termasuk Dr. Nik Ahmad Shaiffudin Nik Him (Pengarah Pusat Pembangunan Hospital Universiti) dan Dr. Syaratul Emma Hashim (Timbalan Pengarah PPHU). Turut bersama menyambut delegasi ialah YBhg. Prof. Dr. Sazzli Shahlan Kasim (Pengarah HUITM), Prof. Madya Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail (Timbalan Pengarah Klinikal HUiTM), Dr. Izzat Ismail (Timbalan Pengarah Sokongan Klinikal HUITM) dan Prof. Madya Dr. Suraya Abdul Razak (Ketua Jabatan Penyelidikan, Jaringan Industri dan Inovasi HUITM). Selain taklimat dan sesi perkongsian maklumat khususnya berkaitan tadbir urus dan pengoperasian hospital, delegasi dibawa melawat Jabatan Perubatan Pemulihan, Hemodialisis dan Nefrologi, Klinik Eksekutif, Onkologi dan Unit Rawatan Harian. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada HPUNISZA atas kesudian berkunjung ke HUITM Puncak Alam. Semoga hubungan yang dibina terjalin kukuh.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Hospital Puncak Alam
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Editor
Abdul Satar @ Ahmad Sabri, Mohd Hafidz
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Hospital Puncak Alam
Journal or Publication Title: Buletin Hospital UiTM
ISSN: 298-4200
Keywords: Lawatan, HPUniSZA, HUiTM
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118813
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 118813.pdf] Text
118813.pdf

Download (619kB)

ID Number

118813

Indexing

Statistic

Statistic details