Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib bersama Pejabat Bendahari

Mohamad Azmi, Nor Azilawati and Muhamad Sam, Rafidah (2024) Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib bersama Pejabat Bendahari. Bulletin. Seksyen Korporat & Kolaborasi Ptar Uitm Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Identification Number (DOI): Bil. 2 / Apr-Jun 2024
Abstract

Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib bersama Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya diadakan pada 14 Mei 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari. Sesi ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Rekod dan Arkib dengan tujuan untuk mempertingkatkan kefahaman berkenaan tatacara pengurusan rekod kewangan yang betul, selaras dengan dasar serta garis panduan yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia dan pihak pengurusan UiTM. Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk klasifikasi rekod kewangan, prosedur pemindahan rekod tidak aktif, proses pelupusan rekod kewangan, dan peranan penting Pejabat Bendahari dalam memastikan integriti serta keselamatan maklumat kewangan institusi. Sesi ini juga membuka ruang perbincangan dua hala bagi mengenal pasti isu dan cabaran semasa serta membincangkan penambahbaikan ke atas amalan pengurusan rekod sedia ada. Diharapkan sesi libat urus ini dapat menjadi landasan kepada kerjasama berterusan antara Unit Pengurusan Rekod dan Pejabat Bendahari demi kelancaran operasi serta pematuhan terhadap standard pengurusan rekod UiTM.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 118811.pdf]
Text
118811.pdf
Download (330kB)
Indexing & Metrics