Abstract
Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib bersama Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya diadakan pada 14 Mei 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari. Sesi ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Rekod dan Arkib dengan tujuan untuk mempertingkatkan kefahaman berkenaan tatacara pengurusan rekod kewangan yang betul, selaras dengan dasar serta garis panduan yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia dan pihak pengurusan UiTM. Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk klasifikasi rekod kewangan, prosedur pemindahan rekod tidak aktif, proses pelupusan rekod kewangan, dan peranan penting Pejabat Bendahari dalam memastikan integriti serta keselamatan maklumat kewangan institusi. Sesi ini juga membuka ruang perbincangan dua hala bagi mengenal pasti isu dan cabaran semasa serta membincangkan penambahbaikan ke atas amalan pengurusan rekod sedia ada. Diharapkan sesi libat urus ini dapat menjadi landasan kepada kerjasama berterusan antara Unit Pengurusan Rekod dan Pejabat Bendahari demi kelancaran operasi serta pematuhan terhadap standard pengurusan rekod UiTM.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Azmi, Nor Azilawati UNSPECIFIED Muhamad Sam, Rafidah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohamad Azmi, Nor Azilawati UNSPECIFIED Editor Muhamad Sam, Rafidah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Perpustakaan Tun Abdul Razak Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Library Buzz |
Keywords: | Pengurusan rekod dan arkib, Pejabat Bendahari, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118811 |