Abstract
Hospital UITM Puncak Alam hari ini menerima lawatan kerja dari Hospital Pengajar dan Pusat Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Delegasi diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ehfa Binti Bujang Safawi, Pengarah Hospital Pengajar dan Pusat Perubatan UNIMAS dengan diiringi 5 orang wakil pegawai termasuk Puan Dyg Nor Hajijah binti Awang Daud, Pengarah Bahagian Endowmen; Encik Shahrul bin Ahmad, Penolong Bendahari Kanan; Encik Abang Mohd Fauzi Abang Abdul Hamid, Jurutera; Puan Norlia Abdullah Abdul Rahman, Matron dan Encik Dev Nath Kaushal, Pensyarah Perubatan di UNIMAS. Delegasi telah disambut oleh Prof. Dr. Sazzli Shahlan Kasim, Pengarah HUITM; Encik Mohd Rizal Nordin, Timb. Pengarah (Pengurusan & Sumber Manusia) HUITM, Puan Noor Alzura Alang Idris, Timb. Pengarah (Kewangan) HUITM dan wakil-wakil pegawai serta ketua jabatan di HUITM. Kunjungan selama dua hari ini (17-18 Mac 2022) antaranya diisi dengan sesi lawatan ke wad, klinik pakar, farmasi, dewan pembedahan, Jabatan Kecemasan, Hemodialisis dan Nefrologi, Jabatan Perubatan Pemulihan dan Pusat Rawatan Harian. Delegasi juga diberi taklimat berhubung tadbir urus HUITM, pengurusan kewangan, endowmen, pengurusan kualiti dan pengurusan kejururawatan. Rakaman ribuan terima kasih kepada Hospital Pengajar dan Pusat Perubatan UNIMAS atas kesudian berkunjung ke HUITM Puncak Alam. Semoga kerjasama yang dibina mampu mengeratkan lagi hubungan yang telah terjalin.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Hospital Puncak Alam UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Abdul Satar @ Ahmad Sabri, Mohd Hafidz UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works R Medicine > R Medicine (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Hospital Puncak Alam |
Journal or Publication Title: | Buletin Hospital UiTM |
ISSN: | 298-4200 |
Keywords: | Lawatan Kerja, UNIMAS, HUiTM |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118806 |