Abstract
HUITM hari ini menerima kunjungan dari Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya dalam rangka lawatan kerja bagi menjalinkan hubungan kerjasama dua hala yang lebih erat khususnya dengan Jabatan Perubatan Pemulihan HUITM. Delegasi dari Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya diketuai oleh Encik Michael EC Wong, Ketua Pegawai Eksekutif; Dr. Nor Azira Ismail, Pengarah Perubatan; Encik Francis Phan, Ketua Sumber Manusia; Puan Norasikin Mislan @ Bella, Ketua Pemasaran & Jualan; Encik Mohd Affan Faliq, Ketua Operasi dan juga 2 orang ahli terapi serta Pegawai Pemasaran. Delegasi telah disambut oleh Prof. Dr. Sazzli Shahlan Kasim, Pengarah HUITM; Prof. Madya Dr. Fazah Aktar Hanapiah, Dekan Fakulti Perubatan UITM; Prof. Dr. Ariza Adnan, Timbalan Dekan (Jaringan Industri, Komuniti & Alumni Fak. Perubatan UiTM); Prof. Madya Dr. Suraya Abdul Razak, Ketua Jabatan Penyelidikan, Jaringan Industri dan Inovasi HUITM dan Dr Wan Najwa Wan Mohd Zohdi, Ketua Jabatan Perubatan Pemulihan HUITM. Sesi lawatan yang berlangsung hampir dua jam ini turut membincangkan peluang kolaborasi yang lebih erat antara kedua-dua institusi di samping keperluan memperbaharui MoU. Delegasi juga dibawa melawat Jabatan Perubatan Pemulihan HUITM yang terletak di Aras 3 HUITM.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Hospital Puncak Alam UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Abdul Satar @ Ahmad Sabri, Mohd Hafidz UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works R Medicine > R Medicine (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Hospital Puncak Alam |
Journal or Publication Title: | Buletin Hospital UiTM |
ISSN: | 298-4200 |
Keywords: | Lawatan, Daehan Rehabilitation, Hospital Putrajaya, HUiTM |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118803 |