Abstract
Untuk memperkukuh dan memperkuatkan lagi aspek kualiti ini, Pusat Pendidikan Berkualiti Menyeluruh [dikenali sebagai CTQE] telah diwujudkan pada 15 September 1994. Tujuan penubuhan pusat ini ialah untuk menyepadukan kualiti menyeluruh dalam mengembangkan kurikulum dan ko-kurikulum, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perundingan, pentadbiran dan aktiviti sokongan lain. Melalui perancangan kualiti yang terperinci, CTQE akan turut membentuk persekutuan strategik dengan industri dan institusi lain yang berkaitan, sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Tahun 1994 telah dimanfaatkan dengan berbagai kegiatan dan pencapaian. Semua kegiatan yang dilaksanakan
menjurus kepada peningkatan kualiti kakitangan dan pelajar. Segala usaha yang diikhtiarkan menggabungjalinkan aspek ilmu dan nilai murni. Dalam
tempoh tahun laporan, Institut telah melahirkan seramai
7,219 orang graduan. Pencapaian ini amat membanggakan
memandangkan jumlah besar graduan ITM telah melebihidari 77,000 orang. Graduan Bumiputra ini telah menceburi pasaran pekerjaan dalam pelbagai bidang profesional. Mereka ini akan memainkan peranan masing-masing untuk pembangunan bangsa, agama dan negara.
Metadata
Item Type: | Monograph (Annual Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Jabatan Komunikasi Korporat UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) > Yearbooks L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institut Teknologi MARA (ITM) |
Date: | 1994 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11878 |