Abstract
Program ceramah sempena memperingati peristiwa Israk Mikraj berlangsung dengan jayanya di Auditorium 2, Hospital UiTM. Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia HUITM dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor (UCS) dan Bank Islam Malaysia Berhad ini menampilkan Ustaz Mohd Elyas Ismail sebagai penceramah dan Ustazah Noor Rashidah A. Rahman (Pegawai Hal Ehwal Islam UCS) sebagai moderator. Program mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran warga HUITM dan warga kampus. Sesi turut dihadiri Prof. Madya Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail (Timbalan Pengarah Klinikal HUITM), Encik Mohd Rizal Nordin (Timbalan Pengarah Pengurusan HUITM), Encik Mohamed Zaki Atip (Ketua Wilayah Tengah 2, Bank Islam Malaysia Berhad) dan Ustazah Khamariah Othman (Timbalan Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan UCS). Ribuan terima kasih kepada Unit Hal Ehwal Islam UITM Cawangan Selangor (UCS) atas kerjasama menjayakan program dan setinggi-tinggi penghargaan buat Bank Islam Malaysia Berhad atas sokongan dan sumbangan yang telah diberikan dalam memastikan program berjalan lancar dan mencapai objektif penganjuran.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Hospital Puncak Alam UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Abdul Satar @ Ahmad Sabri, Mohd Hafidz UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works R Medicine > R Medicine (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Hospital Puncak Alam |
Journal or Publication Title: | Buletin Hospital UiTM |
ISSN: | 298-4200 |
Keywords: | Program, Ceramah, Israk Mikraj |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118769 |