Abstract
UiTM sentiasa mendokong inisiatif pentadbiran yang direncanakan oleh kerajaan khususnya dalam usaha meningkatkan kesejahteraan sosial dan memperkasakan penyampaian perkhidmatan selaras dengan fokus utama Aspirasi Keluarga Malaysia. & Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perlis yang berlangsung pada 25-27 Mac 2022 turut dijayakan oleh Hospital UiTM di 2 lokasi iaitu di Kompleks Belia Sukan Negeri Perlis dan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah saringan kesihatan dan klinik bergerak yang menawarkan pemeriksaan gigi dan mata secara percuma kepada orang ramai. Hospital UITM diwakili oleh seramai 40 orang petugas kesihatan yang antaranya terdiri daripada jururawat, doktor perubatan dan doktor pakar dengan diketuai oleh Dr. Izzat Ismail, Timbalan Pengarah (Sokongan Klinikal) HUITM. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dengan sambutan yang amat menggalakkan dan kerjasama yang amat positif daripada warga Perlis. Sebelum itu, HUITM turut terlibat menjayakan program KPT Prihatin Keluarga Malaysia Negeri Johor pada 3-6 Mac 2022 melibatkan lokasi di Pantai Rekreasi Rambah, Pontian, Kawasan Tenggara, Kota Tinggi, Sungai Pinggan, Benut Pontian dan Kg. Separap, Parit Sulong (10-11 Mac 2022).
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Hospital Puncak Alam UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Abdul Satar @ Ahmad Sabri, Mohd Hafidz UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works R Medicine > R Medicine (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Hospital Puncak Alam |
| Journal or Publication Title: | Buletin Hospital UiTM |
| ISSN: | 298-4200 |
| Keywords: | HUiTM, Jelajah aspirasi, Keluarga Malaysia, Negeri Perlis |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118721 |
