Laporan Tahunan 1989 / Institut Teknologi MARA

ITM, Institut Teknologi MARA (1989) Laporan Tahunan 1989 / Institut Teknologi MARA. Annual Report. Institut Teknologi MARA, Shah Alam.

Abstract

Sejarah Institut Teknologi MARA bermula dengan penubuhan Dewan Latihan RIDA dalam tahun 1956 yang bertujuan untuk memberi latihan dan pendidikan dalam bidang perusahaan
dan perniagaan untuk membolehkan anak-anak bumiputera dari luar bandar mencebur diri dalam bidang-bidang tersebut. Seramai 25 orang pelajar telah diterima untuk mengikuti pengajian London Chamber of Commerce (Peringkat Permulaan) dan dalam perusahaan membuat tali sabut.
Selaras dengan resolusi kongres Ekonomi Bumiputera yang telah diadakan dalam tahun 1965, peranan pusat pengajian ini telah diperluaskan dan namanya ditukar kepada Maktab
MARA. Jumlah dan peringkat pengajian telah dipertingkatkan. Permintaan untuk jenis dan bidang latihan yang ditawarkan menekankan keupayaan fizikal maktab dan beberapa bangunan terpaksa disewa. Akhirnya, sebidang tanah seluas 300 ekar di Shah Alam telah diluluskan untuk pembinaan kampus tetap dan pada 14 Oktober 1967, upacara perletakan batu asas telah dilakukan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein. Serentak dengan itu, Maktab MARA bertukar nama kepada Institut Teknologi MARA.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LT_LAPORAN TAHUNAN 1989.pdf] Text
LT_LAPORAN TAHUNAN 1989.pdf

Download (10MB)

ID Number

11872

Indexing

Statistic

Statistic details