Abstract
Syabas, tahniah dan bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi
MARA ke-72 ini, seramai 15,116 orang mahasiswa berjaya bergelar graduan. Kejayaan ini sudah tentu memerlukan
kecekalan dan daya juang yang tinggi dan bukan sedikit pengorbanan dari pihak anak-anak sendiri mahupun ibu bapa dan para penjaga. Pengorbanan ibu bapa penjaga dari segi wang ringgit, doa restu yang tidak putus-putus wajarlah dikenang dan disanjung tinggi. Anak-anak mungkin merasakan bahawa pengorbanan itu telah dibalas dengan kejayaan mendapat ijazah yang sewajarnya, tetapi balasan yang lebih tinggi nilainya ialah limpahan kasih sayang anak-anak setelah berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Pendidikan universiti bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah tetapi yang lebih utamanya ialah bagaimana kita menggunakan segulung ijazah untuk berbakti kepada anak bangsa. Kita bersyukur kerana universiti ini merupakan universiti terbesar di Malaysia yang menyediakan kita bukan hanya dengan pendidikan akademik semata-mata tetapi yang lebih utama menyediakan kita menjadi insan yang berketerampilan, matang dan berdaya saing. Kejayaan universiti di dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan ternyata menjadikan graduan yang dilahirkan ini mampu memasarkan diri selaras dengan keinginan pasaran serta tuntutan dan harapan masyarakat, agama dan negara. Graduan juga patut bersyukur dengan mengingati kejayaan yang telah dicapai hanyalah langkah awal kepada perjalanan yang masih panjang. Proses menuntut ilmu sebenarnya tidak pernah berpenghujung. Bercita-citalah untuk menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi. Kalau bekerja sekalipun, jangan segan-silu untuk terus belajar. Jika sebelum berlangsungnya Istiadat Konvokesyen anda adaiah pelajar universiti ini, kini saudara dan saudari telah menjadi alumni UiTM. Sebagai alumni UiTM, saudara dan saudari adaiah antara stokeholders yang utama kepada universiti ini. Sebagai stokeholders kepada universiti ini, inisiatif untuk mengekalkan hubungan antara para alumni dengan universiti secara berterusan hendaklah digerakkan dengan proaktif. Saudara dan saudari boleh berperanan
sebagai mentor kepada para Juniors yang masih menuntut. Inisiatif ini boleh diupayakan melalui perkongsian kisah
kejayaan, motivasi, wacana dan forum.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11867 |