Program Pemantapan & Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

UiTM, Pusat Kerjaya dan Kaunseling (2022) Program Pemantapan & Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022. Bulletin. Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Shah Alam.

Abstract

Pada 23 dan 24 Mac 2022, bertempat di Institut Kepimpinan & Pembangunan (ILD), Bandar Enstek, Pusat Kerjaya dan Kaunseling dengan kerjasama Pejabat Pendaftar dan Institut Kepimpinan & Pembangunan (ILD) telah menganjurkan Program Pemantapan dan Pentauliahan Rakan AKRAB UITM. Program yang julung kali diadakan ini telah disertai oleh seramai 61 orang ahli AKRAB seluruh sistem UiTM mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 yang ditetapkan. Pengisian Program Pemantapan disampaikan oleh Prof Datuk Dr Mizan Hitam Penolong Naib Canselor Institut Kepimpinan & Pembangunan (ILD) UiTM, Dato' Pauzan Ahmar, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam dan Puan Siti Zubaidah Othman Siru, Pegawai Psikologi Kanan, Seksyen Pengurusan Psikologi, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri. Majlis Pentauliahan pula telah disempurnakan oleh Y.Bhg Prof Datuk Ts Dr Hjh Roziah Janor yang diwakili oleh Prof Dr Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hap Ehwal Pelajar). Program ini dijalankan untuk memberi peluang kepada ahli AKRAB UITM mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari dan untuk meraikan pelantikan mereka secara rasmi sebagai ahli AKRAB UITM.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Pusat Kerjaya dan Kaunseling
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Journal or Publication Title: e-buletin Pusat Kerjaya dan Kaunseling
Keywords: pemantapan, pentauliahan, AKRAB
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118492
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 118492.pdf] Text
118492.pdf

Download (714kB)

ID Number

118492

Indexing

Statistic

Statistic details