Abstract
Sempena bulan kemerdekaan kali ke 65, satu Program Kayuhan Santai 65 BHEP UiTM telah berlangsung pada 26 Ogos bertempat di Dataran Kolej Mawar, UiTM Shah Alam hasil kolaborasi beberapa pihak iaitu Majlis Pengetua, Bahagian Hal Ehwal Pelajar BHEP, Persatuan Wanita Universiti Teknologi Mara (Pewani), MITASA, Koperasi Siswa Universiti Teknologi Mara Selangor (KOSISWA) dan Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Selangor. Program itu diadakan bagi menyambut bulan kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat patriotisme melalui aktiviti kayuhan basikal, selain memupuk semangat bersukan dalam kalangan warga UiTM Shah Alam. Dengan adanya aktiviti seperti itu, ia juga dapat mewujudkan perasaan harmoni dalam kalangan warga UiTM dan menggalakkan gaya hidup sihat melalui kegiatan riadah dan sukan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, MITASA UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) |
Keywords: | Buletin, MITASA, UiTM, Merdeka |
Date: | June 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118274 |