Ulang tahun ke-50 penubuhan MITASA-UiTM, 15 Oktober 2022

UiTM, MITASA (2023) Ulang tahun ke-50 penubuhan MITASA-UiTM, 15 Oktober 2022. Bulletin. Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA), UiTM Shah Alam.

Abstract

Sejak 50 tahun penubuhannya, Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM atau MITASA kekal komited dalam menjaga hak serta kebajikan ahli-ahli akademiknya sekaligus menyaksikan sambutan Jubli Emas pada tahun 2022 yang cukup bermakna dengan persediaan yang tersendiri. Penubuhan MITASA iaitu sejak 50 tahun bukanlah suatu tempoh masa yang singkat dan jika dibandingkan dengan usia manusia, tentu sekali 50 tahun mencerminkan kedewasaan dan kematangan seseorang serta menggambarkan pengalaman serta liku-liku hidup yang telah dilalui. Begitulah juga halnya dengan sesebuah organisasi yang telah bertahan sehingga mencecah usia Jubli Emas. Peranan MITASA juga amat ketara bagi menjaga kebajikan dan kepentingan kakitangan akademik, terutamanya memberikan komitmen, cadangan dan input kepada universiti dalam tempoh-tempoh yang sukar jelas menggambarkan perasaan cinta dan kasih yang mendalam terhadap institusi keramat ini. MITASA juga menganjurkan Majlis Makan Malam Jubli Emas sebagai kemuncak program MITASA 50 tahun yang turut menjemput ahli dan kepimpinan tertinggi UiTM, kepimpinan MITASA yang terdahulu dan wakil-wakil agensi. Majlis berkenaan telah diadakan di Hotel UiTM pada 15 Oktober 2022.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, MITASA
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA)
Keywords: Buletin, MITASA, UiTM, ulangtahun
Date: June 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118270
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 118270.pdf] Text
118270.pdf

Download (2MB)

ID Number

118270

Indexing

Statistic

Statistic details