Abstract
Program Klinik Kaunseling Siri 1/2022 anjuran Pusat Kerjaya dan Kaunseling dengan kerjasama Kolej Kediaman Mawar telah diadakan pada 31 Mac 2022 pada jam 3.00 hingga 5.00 petang secara atas talian melalui Webex by Cisco. Program ini telah disampaikan oleh Cik Aidilla Farahin Zakaria K.B.,P.A., Kaunselor Pelajar, INTI International University bagi mengupas topik Be S.M.A.R.T. iaitu salah satu pendekatan untuk penetapan matlamat. Tujuan Program ini adalah untuk membantu dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, membantu meningkatkan nilai-nilai etika dalam diri pelajar, membantu pelajar dalam aspek pembelajaran berterusan dan pengurusan matlamat serta membantu pelajar dalam aspek pengurusan diri pelajar. Program ini telah dihadiri oleh 69 peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar UiTM.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Pusat Kerjaya & Kaunseling UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Pelajar |
Journal or Publication Title: | e-buletin Pusat Kerjaya & Kaunseling |
Keywords: | program, klinik kaunseling, PKK |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118210 |