Penukaran teks ke penuturan Bahasa Melayu baku melalui pemetaan suku kata / Mazani Manaf and Adnan Hamid

Manaf, Mazani and Hamid, Adnan (1997) Penukaran teks ke penuturan Bahasa Melayu baku melalui pemetaan suku kata / Mazani Manaf and Adnan Hamid. Jurnal Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, 1 (1). pp. 1-13. ISSN 1823-0822

Abstract

Perkembangan teknologi multimedia telah berkembang dengan begitu pesat dalam era teknologi maklumat terkini. Seiring dengan itu, beberapa perisian telah dibangunkan dalam bidang sintesis penuturan. Walau bagaimanapun, sehingga ini belum terdapat sebuah sistem sintesis penuturan yang lengkap dalam bahasa Melayu. Kertas ini cuba memberikan alternatif sintesis penuturan yang sedia ada dalam
menghasilkan penuturan bahasa Melayu Baku dari teks yang diinput oleh pengguna atau dari sebarang fail pemprosesan perkataan di mana bahagian teks yang ingin dituturkan disalin dan kemudian diletakkan dalam ruang teks yang ingin dituturkan. Pendekatan yang mudah digunakan di mana semua suku kata yang terdapat dalam bahasa Melayu dirakamkan terlebih dahulu. Untuk melakukan proses rakaman semua
suku kata, penyunting gelombang suara digunakan di mana setiap suku kata disimpan dalam fail gelombang suara. Proses menukarkan teks kepada penuturan dilakukan oleh sistem yang akan memisahkan suku kata tersebut bagi setiap perkataan berdasarkan peraturan-peraturan Bahasa Melayu. Penuturan akan dihasilkan bila setiap fail gelombang suara dilaksanakan hasil dari gabungan suku kata tadi.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_MAZANI MANAF TMSK 97.pdf] Text
AJ_MAZANI MANAF TMSK 97.pdf

Download (645kB)

ID Number

11814

Indexing

Statistic

Statistic details