Abstract
Pusat Penyelidikan Melanau (PMM) UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah dengan kerjasama Persatuan Melanau Mukah (PMM) telah menganjurkan program Seminar Negeri Tua Melanau Siri 1 yang telah diadakan pada 28 Mac 2022 di Kingwood Hotel Mukah. Bagi Siri pertama seminar Melanau diadakan khas untuk pesertapeserta yang terdiri daripada seramai 30 orang pemimpin-pemimpin tempatan sperti ketua-ketua kampung dan pegnhulu dan tokoh-tokoh berkaitan pemiliharaan warisan Melanau bagi kawasan Mukah. Sementara itu, Seminar Siri 2 pula telah diadakan pada 26 Julai 2022 di Dewan Kuliah Tellian, UiTM Mukah juga telah menghimpunkan pemimpin-pemimpin tempatan dari Kawasan Balingian. Kedua-dua siri seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB Abdul Yakub Bin Haji Arbi, ADUN N58, Balingian merangkap Pengerusi Persatuan Melanau Mukah (PMM). Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyokong penuh usaha Pusat Penyelidikan Melanau, UiTM Kampus Mukah dan Persatuan Melanau Mukah untuk meneruskan siri-siri jelajah Seminar Negeri Tua Melanau yang berikutnya di Oya, Dalat, Igan, Balingian, Belawai, Tanjung Manis dan juga Daro. Beliau turut berharap usaha ini akan berjaya membongkar khazanahkhazanah silam Melanau seperti penemuan artifak, salasilah, manuskrip dan pelbagai bahan yang mempunyai nilai sejarah seterusnya memberi naratif baharu kepada sejarah kaum Melanau yang amat disegani suatu ketika dahulu terutamanya kepada generasi-generasi akan datang.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Chik, Yahutazi UNSPECIFIED Long, Suffina UNSPECIFIED Bohari, Mohamad Musa UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Haji Hamali, Jamil UNSPECIFIED Editor Bujang, Saimi UNSPECIFIED Chief Editor Bohari, Mohamad Musa UNSPECIFIED Chief Editor Chik, Yahutazi UNSPECIFIED Editor Kamaruddin, Siti Faridah UNSPECIFIED Editor Long, Suffina UNSPECIFIED Editor Juhari, Nur Nadia Qausar UNSPECIFIED Editor Joseph, Stefanie Natasha Rich UNSPECIFIED Photographer Ismail, Mohamad Izwan UNSPECIFIED Depositor Mijen, Shileyiusken UNSPECIFIED Designer Chik, Yahutazi UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Ethnology. Social and cultural anthropology G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Ethnic groups |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Mukah Campus |
Journal or Publication Title: | UiTM Mukah Bulletin: Inou Dengah UiTM Mukah? |
ISSN: | 2976-257X |
Number: | 1 |
Page Range: | p. 14 |
Related URLs: | |
Keywords: | seminar, Pusat Penyelidikan Melanau (PPM), Negeri Tua Melanau |
Date: | 14 November 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/118073 |