Staf dan pelajar UiTM Cawangan Sarawak sertai larian Pentagon challenge

Amir Abdullah, Ardiana Mazwa Raudah (2017) Staf dan pelajar UiTM Cawangan Sarawak sertai larian Pentagon challenge. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Sarawak, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.

Abstract

Seramai lebih daripada 15 orang staf dan pelajar telah menyertai larian Pentagon Challenge anjuran @iman Mall dan Kelab Sukan Komuniti Asajaya yang diadakan pada 23 April yang lalu di @iman Mall sempena pembukaan pasaraya tersebut. Terdapat 3 kategori yang diadakan bermula pada pukul 5.30 pagi dengan jarak 21 kilometer, 10 kilometer dan 5 kilometer. Staf yang mengikuti larian ini terdiri daripada ahli Kakiku Berekot dan pelajar-pelajar dari pelbagai program diploma dan sarjana muda. Paling membanggakan adalah, apabila Saudara Najrul Zariaeidil bin Mat Najid pelajar dari program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi dan Pengurusan Perladangan (AT220) mendapat tempat ke 5 untuk kategori Lelaki Terbuka (21 kilometer) dan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM200 dalam catatan masa 1 jam 30 minit 14 saat mengalahkan 129 peserta lain dalam kategori yang sama. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak pada ketika itu. Selain menjadi peserta larian, para pelajar dari program Sarjana Muda Sains Sukan turut terlibat dalam menjadi sukarelawan sepanjang berlangsungnya larian tersebut.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Amir Abdullah, Ardiana Mazwa Raudah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus
Journal or Publication Title: Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin
ISSN: 2232-1578
Keywords: UiTM Cawangan Sarawak, Larian Pentagon challenge, @iman Mall, Kelab Sukan Komuniti Asajaya
Date: July 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/117457
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 117457.pdf] Text
117457.pdf

Download (4MB)

ID Number

117457

Indexing

Statistic

Statistic details