Abstract
Pada bulan November 2023 yang lalu, penulis bersama keluarga telah melangkah ke sebuah negara yang terkenal dengan keindahan alam dan budayanya yang unik Jepun, negara matahari terbit. Selama berada di sana, kami berkesempatan menjelajahi beberapa bandar utama seperti Osaka, Tokyo dan Kyoto. Namun, antara semua destinasi yang kami lawati, Gunung Fuji yang terletak kira-kira 100-kilometer dari Tokyo telah meninggalkan kesan yang paling mendalam di hati kami. Gunung Fuji, dengan ketinggian 3,776 meter, bukan sekadar gunung tertinggi di Jepun, tetapi juga simbol kebanggaan dan keindahan alam negara ini. Dikenali sebagai Fujisan dalam bahasa Jepun, gunung ini telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Budaya Dunia UNESCO pada tahun 2013. Keunikan sejarah dan keindahannya yang memukau sentiasa menjadi tarikan utama pelancong dari seluruh dunia, termasuk kami. Perjalanan kami ke Gunung Fuji bermula dengan menaiki keretapi dari Stesen Shinjuku ke Stesen Otsuki menggunakan Japan Railway Pass. Dari Stesen Otsuki, kami bertukar ke keretapi Fujikyu yang membawa kami ke Stesen Kawaguchiko. Perjalanan selama 2 jam ini di isi dengan pemandangan luar bandar yang menenangkan, memberikan kami gambaran awal tentang keindahan alam Jepun yang memikat.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Noor, Ida Haryanti UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HJ Public Finance > Public accounting. Auditing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin FPN S3 |
ISSN: | 2805-4539 |
Volume: | 9 |
Page Range: | pp. 30-31 |
Keywords: | Pesona, Gunung Fuji, Jepun, Osaka, Tokyo, Kyoto |
Date: | 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/117211 |