Ekosistem kewangan hijau memacu negara masa hadapan / Mustafa Kamal Mat and Saflina Azis

Mat, Mustafa Kamal and Azis, Saflina (2025) Ekosistem kewangan hijau memacu negara masa hadapan / Mustafa Kamal Mat and Saflina Azis. Buletin FPN S3, 9. pp. 28-29. ISSN 2805-4539

Abstract

Dunia kini terdedah kepada cabaran alam sekitar yang kronik, menyebabkan keperluan kewangan yang lebih mampan perlu disegerakan agar Malaysia dapat menyediakan keadaan yang lebih ampuh kepada generasi seterusnya. Kemunculan kewangan hijau (green finance) merupakan medium yang berkesan bagi memacu perubahan positif ekonomi negara. Menurut Bank Dunia, kewangan hijau adalah suatu kemudahan kewangan yang menyumbang kepada matlamat alam sekitar yang lebih baik dan meningkatkan kesedaran sosial terhadap persekitaran. Ini termasuklah pelaburan dalam projek pembangunan mampan, kewangan iklim dan dasar yang menggalakkan ekonomi agar lebih berdaya saing. Ringkasnya, kewangan hijau ini didefinisikan sebagai sebarang aktiviti kewangan berstruktur merangkumi produk atau perkhidmatan, yang dicipta untuk memastikan hasil alam sekitar yang lebih baik. Ini termasuklah pelbagai skim pinjaman, mekanisme hutang dan pelaburan yang digunakan untuk menggalakkan pembangunan projek hijau atau meminimumkan kesan ke atas iklim projek yang lebih kerap. Malahan, ia juga boleh melibatkan gabungan kedua-duanya.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat, Mustafa Kamal
UNSPECIFIED
Azis, Saflina
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance > Public accounting. Auditing
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin FPN S3
ISSN: 2805-4539
Volume: 9
Page Range: pp. 28-29
Keywords: Ekosistem, kewangan, pelaburan, alam sekitar
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/117208
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 117208.pdf] Text
117208.pdf

Download (2MB)

ID Number

117208

Indexing

Statistic

Statistic details