Bengkel bibliometrik: kaedah analisis dan penulisan berimpak / Dr Rafidah Mohd Azli

Mohd Azli, Rafidah (2025) Bengkel bibliometrik: kaedah analisis dan penulisan berimpak / Dr Rafidah Mohd Azli. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Pada 7 Mac 2025, Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Negeri Sembilan telah berjaya melaksanakan satu bengkel analisis artikel jurnal iaitu Bengkel Bibliometrik: Kaedah Analisis dan Penulisan Berimpak. Bengkel yang dirancang oleh Unit Penerbitan dan Penyelidikan ACIS ini dilaksanakan di PTAR UiTM Kampus Seremban dari jam 8.30 pagi hingga 1.15 petang. Program ini dihadiri oleh seramai 17 orang peserta, termasuk pensyarah dan penyelidik dari pelbagai latar belakang akademik. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan melatih para peserta dalam kaedah analisis bibliometrik, serta strategi penulisan berimpak tinggi bagi meningkatkan prestasi penerbitan akademik. Para peserta diberikan peluang untuk mempelajari cara menggunakan perisian seperti VOSviewer, Biblioshiny untuk menganalisis trend penyelidikan dan memperbaiki impak penerbitan mereka. Acara ini telah dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Dr. Mohd Kamel bin Mat Saleh, diikuti dengan ucapan pembukaan oleh Ustaz Nasif Sidque bin Fauzi, Ketua Pusat Pengajian di ACIS UiTM. Setiap peserta kemudiannya mengikuti sesi bengkel yang dikendalikan oleh Encik Syaiful Hisham bin Saleh, yang mengupas teknik analisis data bibliometrik secara mendalam.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Azli, Rafidah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Knowledge, Theory of (Islam)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Bengkel bibliometrik, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM, ACIS
Date: April 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/117178
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 117178.pdf] Text
117178.pdf

Download (479kB)

ID Number

117178

Indexing

Statistic

Statistic details